KUALA LUMPUR: Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, peningkatan ketara itu berpunca daripada situasi semasa ekonomi pascapandemik COVID-19.
"Memang berlaku kenaikan bagi kos haji sekitar lima hingga enam peratus setiap tahun untuk jangka panjang iaitu dalam tempoh 10 tahun.
“Namun disebabkan pandemik COVID-19, kenaikan itu dianggarkan menjadi dua kali ganda (11 peratus) susulan peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa malah Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar lima hingga enam peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M, Kompleks TH, di sini pada Isnin.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Tambah Azman, Kerajaan Arab Saudi juga melakukan perubahan pada sistem mereka termasuk bagi permohonan visa secara tidak langsung mempengaruhi kos ibadah haji.
Berikutan itu, menurut Mohd Na'im, TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban jemaah golongan B40 dan M40.
"Sebanyak RM265 juta telah diberikan pada musim lalu, Insya-Allah kita akan meneruskan bantuan berkenaan kepada bakal jemaah yang memerlukan.
"Bantuan secara bersasar ini dilihat berkesan bagi mengurangkan beban tanggungan TH yang terlalu tinggi keran perlu membayar agihan keuntungan kepada hampir sembilan juta pendepositnya," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal jemaah haji akan datang yang memenuhi konsep ‘Istito’ah’ atau berkemampuan atas kesedaran ini untuk membuat bayaran penuh kos haji bagi membolehkan TH menumpukan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan.
"Jemaah yang memilih untuk membayar penuh bayaran haji bukan sahaja menghayati konsep Istito’ah tetapi akan meraih lebih barakah daripada ibadat haji mereka," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Peningkatan kos yang ketara itu berpunca daripada situasi semasa ekonomi pascapandemik COVID-19. - Gambar fail
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.
Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji
Kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023).
Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan
Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang
Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Shahidan bertanya Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15.
Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH
Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.
PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin
Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN pada 12 Ogos depan.
Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.
Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 jemaah B40 - Anwar
Kerajaan mengumumkan bahawa tiada kenaikan kos haji bagi jemaah dalam kumpulan B40 pada tahun ini.
Reformasi pendidikan, langkah tampung kenaikan kos haji antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan mengenai reformasi pendidikan itu diajukan Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada Menteri Pendidikan Tinggi.
Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang
Mohd Zamri berkata, dengan kenaikan kos kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka.